Beri Kenangan Dan Memori, Ramai Sedih Tengok Keadaan Terkini Feri Pulau Pinang

Ketika ditanya dimana tempat pelancongan yang menarik untuk dikujungi dalam Malaysia pasti ramai yang akan menyebut Pulau Pinang. Selain makanan, tempat pelancongan juga menjadi daya tarikan pelancong di dalam mahupun luar negera.

Salah satu daya tarikan pelancongan di Pulau Pinang ialah pengangkutan feri yang unik dan menarik. Namun, semenjak pandemik melanda negara hampir kesemua tempat pelancongan di Malaysia tidak dapat beroperasi.

Ramai yang sedih melihat keadaan terkini feri Pulau Pinang yang terbiar dan separa tenggelam. Menerusi status yang dimuat naik oleh Penang Press di Facebook, kelihatan beberapa gambar yang menunjukkan keadaan feri Pulau Pinang yang terbiar.

Sumber : Penang Press
Sumber : Penang Press

“Sayu hati melihat Feri Pulau Pinang warisan sejarah negeri ini yang meninggalkan banyak memori terbiar dan tenggelam di Sungai Perai”

Di Twitter, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman dan mengimbau kembali kenangan ketika mereka menaiki feri Pulau Pinang sebelum musim Covid-19.

Advertisement

Setelah gambar tersebut tular, ianya mendapat perhatian daripada Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng untuk melihat sendiri bagaimana keadaan feri terbiar tersebut.

Sumber : Facebook

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook beliau, siasatan awal mendapati keuzuran Feri Pulau Pinang disebabkan terdapat beberapa kebocoran lubang dan mengakibatkan air masuk ke dalam feri dan memenuhi bilik enjin.

“Tindakan lanjut telah dilakukan dengan mengepam air keluar bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan”

Terbaharu, usaha pembaikan Feri Pulau Pinang telah mula dijalankan untuk dijadikan sebagai Muzium Terapung.

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

Semoga dengan usaha ini dapatlah sedikit sebanyak mengubat kerinduan orang ramai yang rindu untuk menaiki feri yang menjadi ikonik di Pulau Pinang.

Sumber : Penang Press, Tan Teik Cheng

Comments

comments