Berita Gembira! Avengers : Endgame Ditayangkan Dua Hari Lebih Awal Di Malaysia Pada 24 April Depan

337

Berita baik untuk mereka yang sudah tidak sabar untuk menonton filem Avengers : Endgame, pihak Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan filem itu akan ditayangkan pada 24 April depan.

Menariknya, tarikh tayangan di Malaysia dua hari lebih awal dari tarikh tayangan yang dijadualkan di Amerika Syarikat.

Peminat-peminat Malaysia Marvel’s Avengers boleh bergembira dengan pengumuman tarikh tersebut kerana dapat menonton filem yang dinanti-natikan tahun ini dengan lebih awal.

Buat masa ini masih tiada pengesahan bila tiket filem ini boleh dibeli tetapi pada kebiasaannya ia akan mula dijual dua minggu sebelum tarikh tayangan.

Kehangatan kini kian terasa saat Marvel Cinematic Universe telah berjaya memberi kejutan buat peminat dengan melancarkan trailer rasmi filem tersebut.

Sumber Berita : GSC CINEMAS

Kredit Video : MARVEL ENTERTAINMENT

Comments

comments