Berjuta Duit Baharu 50 Dolar Australia Dicetak Dengan ‘Typo’

11031

Sebanyak 46 juta duit baharu AUS$50 dicetak dengan ‘typo’ terlepas pandang oleh Reserve Bank of Australia (RBA) sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Menurut BBC NEWS, kesilapan tersebut dikesan oleh seorang pendengar stesen radio Triple M  yang mengirim gambar tertera perkataan ‘responsibility’ disalah eja sebagai ‘responsibilty’ sebanyak tiga kali pada wang kertas itu.

View this post on Instagram

After a hot tip from the @triplemmelb family, we’ve found the spelling mistake on the new $50 note! #BreakingNews

A post shared by Hot Breakfast (@mmmhotbreakfast) on

Menurut RBA, AUS$50 merupakan mata wang paling banyak diedarkan di Australia dan menyumbang kepada hampir setengah jumlah wang kertas yang digunakan di negara itu.

Wang kertas AUS$50 baharu itu mula diedarkan pada 18 Oktober 2018 dan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan khusus untuk menghalang pemalsuan serta beberapa elemen sentuhan untuk golongan cacat  penglihatan.

Turut dicetak pada wang kertas tersebut ialah wajah Edith Cowan iaitu wanita pertama yang dilantik sebagai Ahli Parlimen negara itu pada 1921 hingga 1924.

Perkataan yang disalah eja itu merupakan sebahagian daripada ucapan sulung Cowan dalam sidang Parlimen Australia Barat.

Cetakan pengulangan kenyataan Cowan (salah ejaan) pada wang kertas tersebut adalah seperti berikut: “It is a great responsibilty to be the only woman here and I want to emphasise the necessity which exists for other women being here.”

Salah seorang wakil daripada RBA dalam satu kenyataan kepada portal berita Reuters berkata, RBA sedar dengan kesilapan tersebut dan “ejaannya akan dibetulkan pada percetakan seterusnya”.

Dalam laporan terbaharu RBA, bank tersebut memaklumkan secara keseluruhannya sebanyak 227 juta keping mata wang telah diedarkan di negara itu pada 2017/2018 termasuk kira-kira 184 juta keping AUS$50 baharu itu.

Menurut RBA lagi, duit baharu AUS$50 dicetak dengan ‘typo’ adalah sah sebagai mata wang.

Comments

comments