Berkumpul Solat Sunat Aidiladha, 25 Warga Bangladesh Didenda RM5,000 Langgar SOP

berkumpul langgar sop

Baru-baru ini, tular di laman sosial sebuah video berdurasi 20 saat yang merakamkan kira-kira 200 warga asing yang menunaikan solat Aidiladha di luar perkarangan Surau Taman Pelangi, Juru.

sop solat aidiladha

Sejurus selepas itu, pihak Polis telahpun memohon-maaf atas kekhilafan mereka dalam pematuhan SOP. 

Seramai 25 warga Bangladesh didenda sebanyak RM5,000 setiap seorang selepas didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari Raya Aidiladha, selasa lalu.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka berusia di antara 23 hingga 41 tahun itu didakwa berhimpun beramai-ramai di kawasan bawah bangunan perumahan Taman Desa Mutiara Indah, Batu Maung.

Advertisement

sop aidiladha

Kesemua yang ditahan merupakan pekerja buruh di sebuah syarikat pembinaan dan empat daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Semua warga Bangladesh berkenaan mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Norsalha Hamzah.

Jika disabitkan dengan kesalahan, mereka semua boleh didakwa mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) P.U (A) 293/2021.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

21 tertuduh yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah diwakili oleh peguam majikan mereka, Muhammad Arif Shahruddin manakala empat lagi tidak diwakili mana-mana peguam.

Sumber

SUMBERMalay Mail

Comments