Berlumba Main Gelongsor Air, Pemuda Lumpuh Seumur Hidup Kerana Retak Leher

3848

Taman tema air adalah satu tempat untuk semua orang melupakan masalah hidup dan bergembira bersama kawan-kawan dan juga keluarga.

Tetapi berbeza dengan seorang lelaki yang sedang bercuti di taman teman air. Kini beliau sedang berjuang untuk terus hidup selepas mengalami keretakan di leher dalam insiden ngeri semasa bermain gelongsor air.


David Briffaut,23 dari Eropah dikatakan sedang bercuti bersama kekasihnya Penny Bristow di Aqualandia water park.

Semasa kejadian, rakan-rakan mereka merakam pasangan itu berlumba dengan rakan lain di dalam gelongsor air yang dipanggil Splash.

Tetapi selepas David tiba di atas air, kepalanya tiba-tiba meleuncur ke depan. Beliau dikatakan jatuh pengsan sekejap. Setelah sedar beliau memberitahu:

Saya tidak dapat merasakan kaki saya.

Pasukan paramedic membawa David ke hospital dan beliau dimasukkan unit rawatan rapi. Kini, David masih menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Keluarganya telah diberitahu bahawa beliau akan lumpuh seumur hidup dari dada ke bawah selepas dua tulang belakang pada lehernya patah.

Menurut ibunya kepada MailOnline, sebagai ibu bapa ini adalah satu mimpi ngeri buat mereka.

Anak kami pergi bercuti dengan kekasihnya, dan kami diberitahu bahawa beliau tidak akan boleh berjalan lagi. Kami hanya mampu berdoa sekarang.

Kini, David dalam pengawasan doktor dan sedar akan apa yang berlaku disekeliling. Beliau mendapat rawatan yang sangat rapi di hospital tersebut tetapi kami semua akan bawa beliau pulang ke England secepat mungkin.

Keluarga David turut berkongsi rakaman ngeri dengan harapan agar siasatan dilakukan terhadap taman tema tersebut.

Ketika keluarga David berkunjung ke lokasi kejadian selepas insiden, mereka sangat terkejut apabila melihat ia masih dibuka kepada orang ramai.

Ingat semua kalau nak bergembira itu, keselamatan diri kena diutamakan. Jangan lakukan sesuatu perkara diluar jangkaan anda jika tidak mampu.

 

Sumber: METRO UK

Comments

comments