Bersempena Dengan Filem Aladdin, Disney Tampil Berkolaborasi Bersama Kosmetik MAC

149

MAC Cosmetics melancarkan koleksi makeup eksklusif untuk filem terbaru Aladdin yang akan ditayangkan pada 24 Mei 2019 ini.

Menariknya, koleksi ini menampilkan barangan seperti lipstik, palet eyeshadow dan bronzers. Bagi setiap bungkusan makeup akan dihiasi dengan warna emas keemasan.

Untuk menarik perhatian ramai, terdapat ukiran lampu ajaib pada bronzers yang pastinya menjadikan kelainan dengan yang lain. Corak yang digunakan sangat sesuai dengan tema filem Aladdin ini.

 

View this post on Instagram

 

Your wish, our command! Manifest your magic with The Disney Aladdin Collection by M·A·C. Launching this May, this wish-fulfilling collaboration highlights the self-determination and confidence of Princess Jasmine in the upcoming live-action adaptation of Disney’s animated classic, Aladdin – in theatres May 24. #DisneyAladdin #MACCosmetics @disney @disneyaladdin

A post shared by M·A·C Cosmetics (@maccosmetics) on

Koleksi ini diilhamkan untuk Puteri Jasmin dan ini adalah edisi terhad.

Bagi anda yang ingin mencuba dan mendapatkan koleksi ini, ia akan tersedia secara atas talian dan kedia-kedai Mac pada 16 Mei 2019. Harga untuk koleksi ini masih belum diketahui.

 

Sumber : Goodmorningamerica

Comments

comments