Bersiar-Siar Sambil Bawa Ular Sawa Gergasi Seberat Lebih 200kg

Baru-baru ini, satu video tular menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki motosikal sedang bersiar-siar sambil membawa ular sawa gergasi yang dililitkan pada pinggang. Tak geli ke?

Menurut laporan Harian Metro, ular sawa batik tersebut dipercayai seberat lebih 200kg. Pergh! Besar gila. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata bahawa video yang tular itu berlaku pada 29 Mei di Kuala Krai, Kelantan.

Advertisement

Ular sawa itu ditangkap oleh seorang individu bernama Mohd Hamdan Mahadi yang berusia 34 tahun bersama seorang pemilik kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai pada hari Jumaat lepas.

Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia’ buas itu.

Walaubagaimanapun, Hamdan memohon maaf susulan tular video berkenaan yang bukan dirancang olehnya.

Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai.

Sumber

Comments

comments