Bersyukur Dapat Adik Mampu Cipta ‘Powerbank’ Buatan Sendiri

1995

Kasihnya adik kepada si abang hingga terhasilnya sebuah powerbank yang diciptanya sendiri.

Tidak sangka keluhan seorang abang kepada seorang adik yang berusia 14 tahun ini mampu mencungkil kreativiti dan mencuri perhatian netizen di media sosial.

Sebelum ini abangnya, Amir Hariz telah memberitahu adiknya dia hendak membeli powerbank tetapi gaji masih belum masuk.

Apa yang mengejutkan beliau selepas pulang sahaja dari kerja, adiknya menunjukkan powerbank yang direka khas buat abangnya yang diberi nama ‘powerbank pening’.

Menurut Amir, di laman Twitter, adiknya telah mendapat perhatian netizen dimana orang ramai tertanya-tanya mengenai bagaimana powerbank ini berfungsi.

Beliau turut menunjukkan bagaimana ‘powerbank pening’ ini berfungsi serta mampu mengecas telefon dengan baik.

Amir turut menceritakan bahawa adiknya masih belajar di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Adiknya hanya mengambil masa selama sejam sahaja untuk mencipta alat berkenaan dan tidak sangka percubaan sulungnya itu membuahkan hasil.


Inilah gambar adik saya bersama powerbanknya.

Tambah beliau, sejak Tweet ini tular, adik beliau sangat menghargai semua komen netizen dan mengucapkan terima kasih.

Dimana, adiknya akan menambahbaik rekaan powerbank agar lebih selamat dan dapat digunakan dalam jangka masa lama.

Sebagai abang, sudah tentu saya kagum dengan kepintarannya mencipta alat itu kerana dia melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa.


Video ciptaan powerbank adiknya sudah mencapai 47,300 tontonan, manakala gambar dimuat naik pula mendapat lebih 10,100 ulang ciap dan 8,500 tanda suka.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa adiknya mempunyai masa depan yang sangat cerah dan berharap adiknya mampu menghasilkan lebih banyak produk dan inovasi.

Apa pendapat anda tentang kisah adik ini?

Comments

comments