Berubah Fikiran Dan Tak Semak MySejahtera Antara Alasan Pendaftar Gagal Hadir Suntikan Vaksin

Umumnya pendaftar vaksin Covid-19 akan mendapat notifikasi untuk menerima suntikan dengan ketetapan tarikh dan tempat. Namun, masih ada juga individu yang gagal hadir untuk hadir janji temu dengan mengemukakan berbagai alasan walaupun sudah mendaftar.

Menerusi laporan Harian Metro, beberapa alasan seperti tidak menyemak MySejahtera dan terlupa menjadi alasan yang diberikan oleh penerima yang gagal melapor diri untuk menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pahang.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pihaknya dimaklumkan tentang peratus ketidakhadiran penerima kurang memuaskan dengan Raub mencatat peratusan tertinggi iaitu 45 peratus dan Cameron Highlands dengan catatan terendah iaitu 9 peratus.

“Tidak menyemak aplikasi MySejahtera maka tidak sedar tentang lokasi, masa dan tarikh yang ditetapkan untuk menerima vaksin”

Bukan itu sahaja, terdapat juga dalam kalangan warga emas yang berubah fikiran untuk menerima vaksin selepas dipercayai terpengaruh dengan berita tidak sahih tentang vaksin seperti yang tersebar di laman sosial.

Advertisement
Gambar Hiasan

Susulan itu, beliau menasihati agar mana-mana individu yang mendaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk selalu menyemak MySejahtera masing-masing untuk mengetahui masa, tarikh dan tempat janji temu suntikan.

“Anak-anak yang mempunyai ibu bapa berusia juga perlu membantu mereka dan perlu sering mengingatkan tentang janji temu tersebut”

Sehubungan itu, tahap imuniti kelompok hanya boleh dicapai jika sudah ramai yang mendapat suntikan vaksin.

Sumber 

SUMBERHarian Metro

Comments