Betul Ke iPhone Untuk Orang Kaya?

48

Lupakan Louis Vuitton, Mercedes atau Rolex, satu jenama yang boleh menentukan status seseorang itu sebenarnya ialah iPhone.

Biar betul!

Ya, jenama telefon pintar keluaran Apple, iPhone, telah menjadi indikator nombor satu untuk menentukan kekayaan dan pendapatan seseorang. Ini telah terbukti berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan berdasarkan harga pasaran model-model iPhone yang terbaru.

Dua orang ahli ekonomi dari University of Chicago, menghasilkan kertas kerja Biro Penyelidikan Ekonomi Negara mencadangkan bahawa iPhone merupakan cara untuk meneka dan mengenal pasti sama ada seseorang kaya atau tidak.

Oleh itu, 69.1% responden yang memiliki dan menggunakan iPhone dikategorikan sebagai isi rumah berpendapatan  tinggi. Sementara iPad berada sedikit ke belakang dengan 66.9%.

Sebagai perbandingan, telefon pintar Anroid mendapat sko sebanyak 59.5% untuk menentukan status dan taraf hidup seseorang.

Dalam erti kata lain, tidak ada jenama yang tepat selain iPhone untuk menentukan pemiliknya berpendapatan tinggi.

Perubahan trend

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan berpendapatan tinggi?

Secara teknikalnya, para pakar ekonomi mendefinasikannya sebagai “berada pada kuartil pendapatan tertinggi bagi isi rumah mengikut kategori”. Maksudnya, jika anda mendapat gaji atau pendapatan yang lebih banyak daripada kumpulan dan kategori yang sama, ini bermaksud anda temasuk dalam golongan individu yang berpendapatan tinggi.

Jenama itu mungkin menjadi lebih dominan pada tahun-tahun akan datang, kerana jualan iPhone X, keluaran terbaru Apple, terus mendapat perhatian dan jualan yang rancak walaupun harganya terus meningkat.

Lebih menarik, jika dilihat semula trend pada tahun 1992 di Amerika Syarikat, untuk mengukur kekayaan dan taraf hidup seseorang dilihat jika seseorang itu memiliki mesin basuh pinggan automatik, sementara pada tahun 2004, jika seseorang itu memiliki kenderaan baru, sudah boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2016 pula, jika anda boleh melancong serta memiliki passport dan membeli barangan online, berada pada tempat teratas untuk menentukan pendapatan tertinggi seseorang.

Jadi pada pendapat anda, boleh atau tidak pemilik iPhone dikategorikan sebagai orang yang berpendapatan tinggi?

Sumber: atimes

Comments

comments