Betul Ke Menggemukkan Dan Musuh Diet? Fakta Ubi Kentang Yang Patut Anda Tahu

Khasiat ubi kentang.

Nasi sememangnya menjadi makanan utama bagi sesetengah orang sama ada ketika sarapan, makan tengah hari atau makan. Tanpa nasi, mereka akan merasa tubuh cepat lapar dan tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Namun, pengambilan nasi dalam jumlah yang banyak tidak dapat memastikan seseorang itu kekal cergas sepanjang hari kerana tanpa menu yang betul serta lengkap nutrisi pasti matlamat utama untuk mendapatkan badan yang cergas tidak tercapai.

Tahukah anda, ubi kentang mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Kentang yang cukup terkenal dengan julukan ‘kacang bumi’ sering kali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi.

Jika kena dengan gaya masakannya, pemakanan kentang mampu menggantikan makanan ruji harian seperti nasi dan roti. Ini kerana khasiat ubi kentang terhadap kesihatan amat bagus antaranya:-

Advertisement
  • Potassium dua kali ganda berbanding pisang
  • Vitamin C, sumber kedua selepas buah oren
  • Vitamin B1, B2 dan B3
  • Zat Iysine untuk pertumbuhan badan dan otak
  • Pembekal karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah
  • Pengawal tekanan darah
  • Mengandungi protein dan zat besi

Tular video di laman sosial Tik Tok di mana wanita telah mengolah masakan ubi kentang dengan membuat crispy smashed potato yang begitu menyelerakan sekaligus sesuai dijadikan snek harian.

Khasiat ubi kentang.

Caranya amat mudah sekali di mana anda perlu merebus kentang di dalam air yang mendidih sehingga empuk. Kemudian, susun ubi kentang yang lembut di atas tray sebelum melenyek ubi tersebut supaya ia kelihatan agak leper dan nipis.

Sebelum ubi kentang dibakar di dalam ketuhar, anda perlu letakkan sedikit minyak atau mungkin minyak zaitun untuk lebih sihat. Seterusnya, perasakan ia dengan garam, lada sulah atau mix herbs yang anda gemari. Ikuti video di bawah untuk lebih mudah faham.

@audreysaurusCRISPY SMASHED POTATOES ?? Dancing In The Moonlight x Pumped Up Kicks – darcy ?

Dengan kadar jumlah lemak di bawah paras 25%, pemakanan kentang mampu menghalang mendapan kolestrol di dalam lapisan pembuluh darah. Ini menjadikan sayuran ini begitu sempurna buat anda yang kekurangan gula dalam darah.

SUMBER

 

 

SUMBERTik Tok

Comments