Biar Betul Helmet Dan Beg Tangan! Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Di Sungai Klang

4993

Sungai Klang adalah antara sungai tersenarai di dunia terkotor. Ini kerana topi keledar, beg tangan, botol plastik berjaya dikutip oleh seorang individu yang giat membersihkan laut dan sungai di seluruh dunia.

Boyan Slat adalah pencinta alam yang berasal dari Netherlands. Pada usia baru 20 tahun, beliau telah melancarkan The Ocean Cleanup; satu inisiatif untuk membersihkan laut dan juga sungai daripada pencemaran sampah terutamanya plastik.

sampah ditemui seperti helmet

Beliau merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, ‘Interceptor’. Interceptor merupakan satu teknologi yang dibangunkan mampu mengutip sampah terapung di sungai sehingga 100,000 kilogram (kg) sehari.

The Ocean Cleanup sudah membersihkan banyak lokasi di seluruh dunia. Dua hari lalu, salah satu kapal The Ocean Cleanup yang dikenali sebagai Intercepter 002 tiba di Malaysia.
kapal Intercepter 002

Menurut perkongsian di laman Twitter rasmi miliknya, beliau nyata ‘terkejut’ dengan hasil pembersihan sebatang sungai di Malaysia.

Menurutnya, antara barangan menarik yang dikaut oleh Intercepter 002 adalah beg tangan dan helmet. Beratus botol dan beg plastik pula adalah sampah lain yang turut dikaut oleh Intercepter 002.

Sungai Klang telah dipilih oleh The Ocean Cleanup kerana salah satu sungai yang tercemar teruk dari 50 sungai di dunia.

sungai terkotor

Teknologi ini dibangunkan dalam usaha mencegah sampah plastik masuk ke laut.

80 peratus daripada masalah lambakan sampah plastik di laut datang dari sungai-sungai tercemar, dan kami mahu mencari jalan penyelesaian.

Oleh itu, sekitar tahun 2015, kami mulakan projek yang melibatkan pembangunan, penyelidikan dan kejuruteraan dalam membangunkan teknologi ini.

‘Interceptor’ sebelum ini pernah dilancarkan sebagai prototaip di Jakarta. Kini, ia juga akan dilancarkan di Sungai Mekong, Vietnam dan Santo Domingo di Dominican Republic.

Kos bagi setiap ‘Interceptor’ adalah sekitar 700,000 Euro (RM3.2 juta) dan setiap ‘Interceptor’ ini mampu mengutip sehingga 100,000kg setiap hari.

Alat ini juga menggunakan bateri solar dan beroperasi 24 jam sehari.

Sebagai manusia kita perlu menyayangi alam sekitar. Buanglah sampah ditempat yang betul agar sungai kita tidak tercemar dan bersih.
sungai tidak tercemar

Ingat! ini adalah tanggungjawab kita semua bukan Boyan Slat seorang untuk menjaga alam sekitar. Kita juga perlu terlibat bagi memastikan alam sekitar bersih pada masa depan.

 

Sumber: Twitter, Awani

Comments

comments