‘Billion Dollar Whale’ Bakal Ada Versi Bahasa Melayu

359

Siapa sangka buku tentang skandal wang haram dan kes kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta individu bernama Jho Low akan menjadi salah satu buku terlaris di Malaysia tahun ini?

Sumber:Cnbc

Berikutan sambutan yang memberangsangkan ketika pelancaran Billion Dollar Whale, buku ini berjaya mendapat hak untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia dan bakal dilancarka pada bulan November ini.

Penerbit buku tempatan, ZI Publications memperoleh hak untuk menerbitkan terjemahan buku bahasa Melayu “Billion Dollar Whale”. Pemiliknya, Datuk Zaid Ibrahim berkata syarikat itu memperoleh hak daripada Hachette Books kira-kira dua bulan lalu.

Selain Malaysia, Mexico adalah satu-satunya negara lain yang mendapat hak untuk menerbitkan edisi terjemahan “Billion Dollar Whale”.

Berkenaan tajuk pula, edisi buku bahasa Melayu itu masih menggunakan tajuk “Billion Dollar Whale” walaupun kandungannya diterjemah dalam bahasa Melayu.

Sumber: Malaysia zine

Buku tersebut ditulis oleh wartawan The Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope dilancarkan di New York pada 18 September lalu.

“Whale” adalah istilah yang digunakan dalam industri kasino dan kelab malam untuk merujuk kepada mereka yang berbelanja besar.

Sumber: The star

Dua hari lalu, beratus orang berkumpul di Kinokuniya KLCC hanya untuk mendapatkan buku ini yang ditanda tangani oleh penulisnya sendiri.

 

Comments

comments