Bintang Tik Tok Dihukum Penjara, Didakwa Terlibat Aktiviti ‘Penyeludupan Manusia’

Haneen menggalakkan wanita di Mesir menjana pendapatan menggunakan media sosial -TikTok.

Dua selebriti media sosial Tik Tok di Mesir dihukum penjara sekaligus denda kerana menggalakkan wanita menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan.

Menurut laporan akhbar The Sun, Haneen Hassam, 20 dan Mowada al-Adham, 23 didakwa melakukan ‘penyeludupan manusia’ dan dikenakan denda (RM52, 798) setiap seorang oleh Mahkamah Kaherah.

Haneen dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas dilaporkan cuba menyembunyikan diri manakala Mowada pula menerima hukuman selama enam tahun. Mereka didakwa menyebabkan gadis bertindak bertentangan dengan nilai masyarakatnya dengan tujuan mendapatkan keseronokan bersifat kebendaan.

Mowada menggalakkan wanita di Mesir menjana pendapatan menggunakan media sosial -TikTok.

Advertisement

Menurut peguam Mowada, Saber Sokkar, kedua-dua wanita itu juga didakwa telah merosakkan nilai kekeluargaan, menghasut dan menggalakkan wanita muda untuk melakukan hubungan seksual.

Hukuman itu ialah sebahagian daripada kaedah kerajaan Mesir menghalang kandungan media sosial daripada meruntuhkan moral golongan Muslim di negara itu.

SUMBER 

 

SUMBERKosmo

Comments