Black Panther Dan Predator Agih Sarapan Percuma Kepada Orang Ramai

adiwira pulau pinang beri makanan percuma

Ramai yang terkejut apabila melihat tiga individu memakai kostum watak Predator dan Black Panther di perkarangan Hotel Royal di Jalan Larut, Pulau Pinang semalam. Namun, tujuan ketiga-tiga individu tersebut bukanlah untuk mencetuskan kekecohan malah ingin berkongsi makanan percuma kepada pengguna jalan raya.

Menerusi laporan Kosmo, ketiga-tiga individu berkenaan yang dikenali dengan gelaran adiwira Pulau Pinang sedang bekerjasama dengan Hotel Royal untuk mengedarkan sarapan pagi kepada orang ramai. Mereka mengagihkan sarapan tersebut di Jalan Larut memandangkan ianya merupakan laluan utama menuju ke pusat bandar.

adiwira Pulau Pinang beri makanan percuma
Sumber : Kosmo Online

Menurut Amran Taib selaku pengurus besar hotel tersebut, pihaknya telah melakukan aktiviti itu seawal jam 9 pagi dengan menyumbangkan 400 bungkus nasi lemak, 150 bungkus bihun dan 200 bungkus air kopi dan teh kepada orang ramai.

adiwira Pulau Pinang beri makanan percuma
Sumber : Facebook Penang Kini
adiwira pulau pinang beri makaan percuma
Sumber : Facebook Penang Kini

Tambahnya, Hotel Royal turut melancarkan kempen You Contribute, We Distribute itu memudahkan mana-mana pihak yang mahu menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

Walaupun kostum watak-watak tersebut kelihatan ganas tapi ianya mampu menarik perhatian orang ramai dan dapat menggembirakan mereka.

Sumber

SUMBERKosmo Online

Comments