“Blue Hole” Dijumpai Di Lahad Datu Mampu Tarik Pelancong Dunia Ke Malaysia

314

Pasti ramai yang terkejut dengan kewujudan ‘Blue Hole’  di Lahad Datu, umum kita tahu ianya ada di Belize (Amerika Selatan) yang dinamakan sebagai The Great Blue Hole.

Blue Hole dijumpai oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS).

Untuk pengetahuan anda, mereka menjumpai Blue Hole tersebut ketika sedang dalam Ekspidisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari 2019.

Kedudukannya sangat strategik kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna. Perjalanan ke sana hanya perlu mengambil masa 30 minit sahaja jika menaiki bot laju.

Ia pastinya sesuatu yang berbeza dengan Blue Hole yang ada di negara lain kerana ia hadir dengan dua struktur berbanding negara lain hanya satu lubang saja. Malah kedalaman lubang tersebut dianggarkan sedalam 15 meter ke dasar laut.

Pastinya dengan penemuan ini akan ramai penyelam tempatan dan luar negara untuk menjelajah tempat ini. Ini bukan sahaja boleh menarik ramai pelancong yang datang malah untuk memanpung ekonomi di sana.

 

Sumber: Sabah News Today

 

Comments

comments