BMW Berkolaborasi Dengan Tencent Untuk Hasilkan Teknologi Self-Driving Di China

549

BMW kini berkolaborasi bersama Tencent, syarikat teknologi terkenal di China dalam menghasilkan teknologi self-driving di negara itu yang merupakan pasaran terbesar BMW.

Mengikut undang-undang di sana, syarikat luar negara tidak boleh menggunakan data dari China tanpa kerjasama dengan syarikat tempatan. Oleh itu, banyak syarikat lain yang melakukan kolaborasi bersama contohnya Google Maps dan Navinfo yang membantu memajukan industri e-hailing di China.

Syarikat Tencent yang popular dengan aplikasi WeChat memaklumkan mereka akan melancarkan teknologi ini di Tianjin, China dalam hujung tahun ini.

Teknologi self-driving sememangnya sedang mendapat sambutan di dalam industri automotif dimana banyak syarikat yang berlumba-lumba dalam memasarkannya.

Ini antara contoh kereta yang menggunakan teknologi self-driving dari syarikat Tesla. Menarik kan?

Sumber: Tech Crunch

Comments

comments