BNM Kesal Timbulnya Kekeliruan Susulan Perubahan Prosedur Moratorium

bank negara malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan rasa kesal susulan pengumuman mengenai perubahan prosedur untuk moratorium selama enam bulan bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, mungkin menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Pada Mac lalu, BNM telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman sedia ada selama tempoh enam bulan susulan keadaan semasa COVID-19 yang menjejaskan negara. Di dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan hari ini, BNM menafikan telah membatalkan keputusan mengenai penangguhan pembayaran enam bulan untuk kedua-dua pinjaman tersebut.

“Penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.”

BNM memaklumkan bahawa perubahan terbaru dalam prosedur, yang memerlukan peminjam “melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan”, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah. Salah tanggapan itu juga sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazim (FAQ), yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

Advertisement

Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut daripada FAQ ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing. Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru (yang diambil kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik.

Peminjam atau pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, mereka yang menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020.

BNM berkata, mereka kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat. Jelasnya lagi, penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam yang terjejas akibat pandemik COVID-19, dan tujuan itu masih tidak berubah.

Sumber

Comments

comments