Bongkar Kegiatan Scammer Melayu, Christy Ng Dituduh ‘Racist’

Siapa saja yang tak kenal dengan Christy Ng yang pernah dilabelkan sebagai “the next Jimmy Choo” kerana memiliki rekaan kasut yang menarik dan cantik apabila dipadankan dengan kaki si pembeli.

Namun lain pula jadinya apabila Christy Ng dituduh racist selepas beliau memuatnaikkan gambar ‘scammer’ berbangsa Melayu yang menipu ramai pelanggannya semalam.

View this post on Instagram

SCAMMER ALERT ? This person is unlawfully obtaining merchandise from our stores and selling to the public under the guise of a personal shopper. We urge members of the public to stop purchasing from this individual.

A post shared by Shoe Heaven (@christyngshoes) on


Ada sesetengah individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Christy Ng memuat naik gambar tersebut kerana dianggap memainkan isu perkauman.

Advertisement

Tujuan beliau bertindak demikian kerana sudah ramai pelanggannya membuat bayaran atas talian di akaun ini. Tetapi sudahnya ditipu oleh wanita ini.

Sini ada beberapa komen yang berbaur perkauman seolah-olah menuduh Christy Ng bersifat sedemikian.

Walaupun pihak Christy Ng sudah membalas komen mengatakan hal yang sebenar, masih ada netizen yang ingin menegakkan benang yang basah.

Tapi masih ada golongan yang beri sokongan dan komen yang positif kepada pihak Christy Ng. Jangan kita menuduh seseorang itu tanpa usul periksa. Dengan cara ini juga, beliau ingin memberitahu para pelanggan tentang kegiatan scammer ini.

Comments