BookXcess Buka Terowong Buku Pertama Di Malaysia

3624

Rata-rata dari kita teringin ke Coex Starhill Library di Seoul, Korea yang sangat unik. Tetapi masih belum berkesempatan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kini, anda tak perlu terbang jauh lagi. Anda semua boleh singgah ke kedai buku pertama di Malaysia yang berkonsepkan Terowong Buku di BookXcess Sunsuria Forum.

terowong buku pertama di Malaysia

Bagi peminat buku pasti teruja kerana berpeluang menerokai dunia pembacaan sambil ditemani setengah juta buku dengan pelbagai genre mengikut minat masing-masing.
berjuta buku

Kedai yang terletak di SB-1, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, Setia Alam berkeluasan 16,000 kaki persegi ini menawarkan buku dengan diskaun antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan.

banyak buku yang ditawarkan

Tarikan utama buat pengunjung pastinya untuk melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini.
bookxcess

bookXcess

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai BookXcess, layari laman media sosial ini. Ia dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

Sumber: TheRakyatPost

Comments

comments