Buah Ini Digunakan Bagi Menghasilkan Asam Mo Far Kor

Bagi penggemar asam tidak kira untuk menghilangkan rasa mabuk atau loya ketika dalam perjalanan atau sekadar snek ringan ketika sedang bersantai, pasti pernah mendengar asam Mo Far Kor. Asam ini dikatakan sangat efektif untuk menghilang rasa loya ditekak atau menghilangkan bau mulut.

Apakah Mo Far Kor dan dari manakah asal usulnya?

Mo Far Kor yang berasal dari bahasa Cina merupakan sejenis buah daripada pohon Calabash (nama saintifiknya Crescentia Acuminata). Ia banyak tumbuh di kawasan selatan Amerika Syarikat, Mexico dan kepulauan Carribean.

Pohon Calabash mempunyai ketinggian pokok kira-kira 6 meter. Sekiranya dilihat sekali imbas, buahnya kelihatan seakan-akan buah tembikai dengan kulit yang agak keras dan kebanyakannya berukuran kira-kira 50 sentimeter.

Advertisement

Bahagian isi buahnya pula berwarna putih dan sangat lembut. Ia mempunyai biji yang kecil dan rasanya sangat manis setelah masak ranum.

Untuk menghasilkan asam Mo Far Kor, isi buah ini akan digaul bersama gula, garam dan asid sitrik. Ia juga dicampur herba terpilih untuk memberi kesegaran melegakan tekak.

Sesetengah masyarakat turut gemar menjadikan buah ini sebagai jus.

Sumber (1) (2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

 

Comments

comments