Buat ‘Private Party’ Untuk Sambut Hari Jadi, 13 Individu Dikompaun

sambutan hari jadi

Dilaporkan seramai 13 orang individu menyambut sambutan hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya, Melaka, Isnin lalu. Kesemua individu berkenaan ditahan dan dikompaun sebanyak RM 26,000, lapor Utusan Malaysia.

Suspek yang berusia 20 hingga 50 tahun ditahan dalam beberapa siri tangkapan di negeri tersebut sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

majlis hari jadi
Sumber : Kosmo Online

Asisten Komisioner Mohd. Shukri Kaman selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri memaklumkan aktiviti itu terbongkar selepas polis menerima laporan mengenai video yang berdurasi tiga minit 54 saat.

Susulan itu, pasukan pegawai serta anggota daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka membuat siri tangkapan di bawah Op Cantas.

Advertisement

Mohd Shukri berkata, didapati sebahagian daripada individu berkenaan dipercayai merupakan ahli kongsi gelap kerana menunjukkan isyarat tangan yang ada unsur-unsur kongsi gelap semasa memotong kek.

Walau bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan atas jaminan polis selepas rakaman percakapan dijalankan.

Sumber

Comments