“Budak 5 Tahun Pun Tahu Bendera Malaysia”, Syed Saddiq Tak Terima Alasan Tersilap Bendera

Sebelum ini kecoh apabila kesilapan pada bendera kebangsaan dalam satu perlawanan bola keranjang. Lebih memalukan, kesilapan itu dilakukan sendiri oleh rakyat Malaysia yang merupakan penganjur perlawanan.

Baca: Tayang Jalur Gemilang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia Mohon Maaf

Insiden ini juga menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq yang juga tidak dapat menerima kesilapan yang dilakukan. Beliau berkongsikan di laman Twitter nya dan berkata siasatan akan dilakukan.

“Saya tidak terima alasan ‘tersilap bendera’. Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.”

Advertisement

Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana?

Syed Saddiq telah mengarahkan siasatan dilakukan segera dan tindakan diambil kepada penganjur tersebut. Sebelum ini, laman Facebook Malaysia Basketball Association diserang netizen yang memberikan kecaman atas kesilapan dilakukan.

Semalam, penganjur perlawanan iaitu Malaysia Basketball Association membuat sidang media permohonan maaf di atas insiden itu.

basketball
Kredit: Facebook
facebook
Kredit: Facebook

Pengkhianatan negara

Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku namun mereka menganggap ia sesuatu yang remeh.

Profesor Dr Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata tindakan biadab ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara. Perkara ini berlaku kerana kurang semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Walaupun permohonan maaf sudah dibuat, kesilapan sebegini tak sepatutnya dipandang ringan dan boleh diselesaikan dengan hanya permohonan maaf. Ini bukan kali pertama Jalur Gemilang dipersendakan begini.

Sebelum ini, kecoh apabila Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa tempat dan diedarkan kepada sekolah-sekolah. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kali Ini Sekolah Pula Terima Bendera Terbalik

Sumber

Comments

comments