“Budak Kecil Nak Kotak Buat Alas Duduk dan Tidur” – Situasi ini Pasti Buat Anda Sebak

Setelah COVID-19 melanda dunia kira-kira 1 tahun yang lalu, Malaysia tidak terkecuali. Kini kita dalam fasa PKP 2.0 dan ternyata ramai individu yang tidak kira berkeluarga atau bujang pasti berpotensi untuk hilang sumber pendapatan.

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di Twitter oleh Mr.Raf, beliau telah memuatnaik sebuah video yang menggambarkan situasi sekumpulan rakyat Malaysia yang berkumpul di kaki lima.

Menurut beliau, mereka antara individu-individu yang hilang perkerjaan, lantas sumber pendapatan pun terjejas.

Advertisement

Siap ada budak minta kotak nak buat alas tidur dan duduk.

Negara kaya, rakyat miskin, nak harap NGO dan golongan dermawan je.

Setelah meneliti komen atau respon yang diberikan oleh netizen, ternyata ramai yang ingin menghulurkan bantuan sebanyak mana yang mampu. Mana tidaknya, pasti majoriti rakyat Malaysia terkesan akibat pandemik ini, namun jika ada rezeki lebih, apa salahnya jika ingin dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.

Nak harap menteri, time PRU je. Tersembam naik basikal esoknya terus baiki jalan.

Ada juga golongan NGO yang sedia menghulurkan bantuan.

Rakyat tidak terbela, menteri masih nak berebut kuasa. Itulah antara teguran yang diberikan.

Tengok budak tu, ada basikal. Mungkin sebelum ni ada rumah, sekarang tinggal basikal sahaja. Allahuakbar.

SUMBER

Comments

comments