Budak Lelaki Nekad Panjat Bumbung Kibar Bendera Putih

Semakin banyak individu dan keluarga yang berani tampil mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

Terbaru, tersebar di TikTok menunjukkan gelagat kanak-kanak yang memanjat balkoni rumah bagi tujuan mengibarkan bendera putih dan menarik perhatian orang awam.

 

@salwanaidinAllah pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu ? ##benderaputih ##pkp ##malaysia ##fyp

? SurgaMu – UNGU

Advertisement

Aksi adik ini di kawasan pangsapuri PPR dirakam seorang aktivis kemasyarakatan yang dikenali sebagai @salwaaidin.

Tanpa membuang masa, mereka telah pergi ke rumah adik terbabit dan mendapati dia tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.

Sejak PKP 1.0 nenek adik berkenaan hanya berniaga kuih-muih untuk menampung perbelanjaan mereka dan kini tidak dapat melakukannya lagi disebabkan pandemik semakin teruk.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2021-07-09-at-10.20.49-AM.png

Apa yang lebih menyedihkan, bil air, elektrik dan sewa rumah juga mereka tidak mampu bayar selama berbulan-bulan. Kini bekalan elektrik juga sudah dipotong.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2021-07-09-at-10.29.46-AM.png

Semoga lebih ramai yang tampil membantu mereka yang memerlukan kerana kita tidak mahu mereka yang merana terus merana. #kitajagakita

Sumber

Comments