Budak Nangis Cemburu Tengok Ibu Asyik Terima Parcel Dapat ‘Surprise’ Daripada Pos Malaysia

Sebelum ini pernah tular satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sebab jealous tengok ibunya selalu dapat parcel daripada posmen. Katanya, ibunya tidak membeli barang online untuk dirinya menyebabkan dia cemburu dan menangis. Alahai dik..

@aliysar20

Apabila ko asyik shopping online je. Anak pun jealous sebab tak belu barang kat dia ?#foryoupage #fyp #fyp? #fypsounds #foryou #CapCut

? What Lovers Do – ???•

“Asyik posmen hantar barang mama je”

Video yang tular itu memang mencuri perhatian netizen kerana melihat gelagat kanak-kanak itu yang cemburu dengan ibunya. Bukan itu sahaja, video itu juga mendapat perhatian syarikat Pos Malaysia.

Pihak Pos Malaysia menghubungi ibu kanak-kanak itu sebab nak bagi surprise untuk anaknya. Kelihatannya sungguh gembira apabila menerima sebuah tabung yang mempunyai logo Pos Malaysia.

Advertisement
@aliysar20

Ingat tak video insyirah viral minggu lepas. Mama dpt msg dr pos msia nk bagi hadiah kt insyirah. Alhamdullilah ??#fypsounds #foryoupage #foryou #fyp?

? original sound – Asyila Alli – Asyila Alli

 

“Terima kasih Pos Malaysia!” – Adik Insyirah

Pihak Pos Malaysia juga ada menyelitkan sedikit pesanan buat kanak-kanak bertuah ini.

“Tabung kiut ni abang bagi khas dekat adik. Simpan duit dalam tabung ni, nanti boleh join mama shopping!”

Semoga adik ni rajin menabung lepas dapat tabung daripada abang posmen.

Sumber

Comments

comments

SOURCETikTok