“Buka Pintu Tak Tengok Orang”, Penunggang Motorsikal Jatuh Tergolek Terlanggar Pintu Kereta

1099

Sekarang ni bukan pemandu sahaja yang kena tahu peraturan jalan raya tetapi penumpang pun sama. Kalau tidak makin banyak lah kes-kes kemalangan berlaku hanya sebabkan kecuaian diri sendiri.

Macam video yang tular di laman sosial Twitter ini, tak semena-mena penunggang motorsikal ini jatuh tergolek disebabkan orang lain. Penumpang kereta yang berhenti di tengah jalan itu membuka pintu dengan mengejut.

“Kalau melintas jalan kita pandang kiri & kanan. Kenapa tak buat perkara yang sama sebelum buka pintu kereta?”

Tapi kalau tengokkan pada lokasi video ni dirakam, berkemungkinan lokasi itu berdekatan kawasan sekolah. Boleh nampak juga beberapa pelajar sekolah berkeliaran di situ. Tapi masalahnya, kereta tu pun berhenti betul-betul di tengah jalan tanpa sebarang signal.

“So kat sini yang salah pemandu sebab tak ke tepi, tak bagi lampu isyarat, tak tolong mangsa dan tak tengok betul-betul before unlock.”

“Adik bongsu aku bawa basikal pon kena mcm ni main buka pintu x pandang side mirror. Dpt rm50 je balik luka2 dkt muka bila mak tanya, bgtau jatuh”


“Aku pun tak paham pesal susah sgt nak pandang belakang dulu sblom buka pintu eihhhhhh perati je.”

Kalau biasanya sebelum turun kereta, memang kita akan tengok kiri kanan dahulu sebelum buka pintu. Tapi untuk budak-budak mungkin mereka tak tahu tentang benda macam ini. Jadi ibu bapa kena mainkan peranan lah di sini. Tapi kalau yang buka pintu ni bukan kanak-kanak, tak tau lah nak cakap macam mana.

Sumber: Twitter

Comments

comments