Bukan Hanya Paparkan Isu Keganasan, Filem Joker Beri Kesedaran Tentang Kesihatan Mental

592

Filem Joker arahan Todd Philips yang ditayangkan bermula 3 Oktober lalu semakin mendapat sambutan hangat dari penonton. Joker lakonan Joaquin Phoenix kali ini dijangkakan mendapat anugerah ‘Film Of The Year’ dengan garapan pengarah dan pelakon hebat ini.

Untuk anda yang tak tahu, filem ini mengisahkan tentang Arthur Fleck yang ingin menjadi Joker. Selepas gagal mencipta nama dalam dunia komedi, dia kemudian berkeliaran berpakaian seperti badut di bandar. Semakin lama dia hilang kewarasan dan mencetuskan provokasi hingga menjadikannya penjenayah ikonik digelar ‘Joker’.

joker
Walaupun ada kontroversi yang mengatakan filem ini menggalakan keganasan tetapi isu kesihatan mental antara yang diketengahkan di dalam filem ini. Perubahan Arthur Fleck disifatkan kerana hasil layanan masyarakat padanya kerana dia membesar dalam suasana penuh negatif.

“Minit pertama saya menonton filem ini saya terasa ingin lari keluar kerana intensiti emosi yang ditunjukkan.”

“Filem Joker ni heavy. Too heavy.”

filem joker

“Penindasan ke atas orang miskin, stigma penyakit mental, korupsi pemimpin, gejala masyarakat, jenayah, dll.”

“Terjadinya joker bukan kehendak dia,tapi masyarakat yg bentuk dia. Truly a Masterpiece.”

joker

“Filem ni bukan typical filem superhero blockbuster so jangan harapkan aksi semata. Joker adalah filem character study.”

“Jalan cerita sedikit mendatar dan ia lebih memfokuskan kepada masalah penyakit mental.”

Menurut Forbes, kutipan filem Joker hampir mencecah $350 juta setakat ini dan dijangkakan akan terus meningkat. Menjadikan filem Joker antara filem kutipan terbesar bagi Warner Bros untuk tahun 2019.

Artikel berkaitan: Filem Joker Cetuskan Kontroversi Dengan Kandungan Terlalu ‘Disturbing’ Bagi Penonton

Comments

comments