Bukan Jadi Satu Kesalahan Jika Tidak Mengemas Kini MySejahtera – Ismail Sabri

Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mana-mana individu yang tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan menjadi satu kesalahan, lapor Harian Metro.

Hal ini berikutan perkara tersebut tidak terkandung dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk dikenakan tindakan kompaun daripada pihak berkuasa.

“Saya menyarankan kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan tersebut perlulah dibatalkan” – Ismail Sabri

Tambahnya, pihak berkuasa disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan.

Walau bagaimanapun, rakyat dinasihatkan untuk mempunyai tanggungjawab terhadap aplikasi MySejahtera dan memberi maklumat yang tepat untuk membantu pengawasan penularan wabak dalam negara.

Advertisement

Sumber 

Comments

comments