Bukan Sahaja Pakaian Dan Barangan Elektronik, Rumah Juga Boleh Beli Di Lazada

21

Zaman sekarang ni hampir semua benda anda boleh beli dan dapatkan secara atas talian. Bukan sahaja mudah dan ringkas, malah beli-belah secara atas talian memang sangat menjimatkan masa serta kos perjalanan.

Aktiviti ini boleh dibuat dimana sahaja asalkan anda ada peranti sama ada mudah alih seperti telefon pintar atau laptop dan juga sambungan internet, perjalanan aktiviti membeli-belah secara atas talian anda akan menjadi sangat mudah.

Antara laman web yang menjadi kegemaran ramai ialah Lazada. Bukan sahaja pakaian atau alatan eletronik malah makanan dan barangan runcit pun anda boleh dapatkan di Lazada.

Tetapi jangan tak percaya, sekarang anda boleh juga ‘shopping’ rumah idaman anda di Lazada.

Jika sebelum ini Volkswagen Malaysia telah membuka stor online mereka di LazMall disember tahun lalu, kini pemaju pembangunan terkemuka di Malaysia, Mah Sing telah membuka stor rasmi mereka di LazMall.

Mah Sing bekerjasama dengan Lazada untuk pembelian rumah dalam talian buat pertama kali di Asia Tenggara sempena Penjualan Akhir Tahun 12.12 bagi menampung permintaan bakal pembeli dalam talian.

“Kami berhasrat untuk menjadi inovatif dalam perniagaan kami dan ingin mencipta cara baru pengguna membeli-belah untuk rumah.

“Lebih separuh penduduk Malaysia membeli-belah dalam talian, jadi sebagai pemaju pertama untuk menjual rumah dalam talian di platform e-dagang seperti Lazada, memberikan kami kelebihan berbanding pemaju lain di Malaysia.” 

Projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada untuk 12.12 termasuk M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence @ Southville City, KL Selatan; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang dan Meridin East, Johor.

Pembeli yang berminat boleh pratonton rumah mulai 28 Nov 2018 dan membuat pembelian mulai 10 hingga 12 Disember 2018.

Untuk memudahkan pengguna, tempahan ini boleh diletakkan di dalam Wishlist, atau terus ke dalam troli untuk dibeli pada tarikh jualan nanti.

Pembeli rumah Mah Sing melalui Lazada akan menerima insentif eksklusif lima peratus (5%) Lazada bernilai RM20,000 hingga RM30,000; insentif dalam talian yang terbesar yang pernah ditawarkan di Lazada.

Apa tunggu lagi, cubalah search Mah Sing di Lazada mana tahu anda boleh jumpa rumah idaman secara online.

Sumber: Bernama

Comments

comments