Bukti Minyak Pati Boleh Turunkan Berat Badan Lemah Dan Terhad – Dr Amalina

13686

Semalam, satu tweet mempersoalkan mengenai dakwaan bahawa minyak pati (essential oil) yang dijual oleh seorang selebriti di Instagram telah menjadi tular. Ramai mempersoalkan bagaimanakah minyak pati yang disapu pada kulit boleh menghantar mesej kepada otak agar tidak makan.

Dr Amalina Che Bakri, seorang doktor rakyat Malaysia yang kini berada di London telah menulis untaian di Twitter menerangkan mengenai kajian sains berkenaan minyak pati, dan menurut Amalina, tiada bukti minyak pati boleh membantu mengawal nafsu makan.

Untuk menjawab soalan anda, tidak ada bukti bahawa menyapu minyak pati secara topikal (luaran) boleh menyebabkan turun berat secara langsung.

Minyak pati mungkin boleh berfungsi dalam ‘pengurusan’ berat badan (kesan tidak langsung) tetapi buktinya lemah dan terhad. Kebanyakan kajian dijalankan secara invitro atau terhadap haiwan, bukan manusia. Juga terdapat teori ‘kesan anti-kebimbangan’ dari minyak pati yang mungkin boleh mengawal dari makan secara berlebihan (kesan tidak langsung), namun begitu, buktinya sekali lagi lemah dan bukan kolerasi secara langsung.

P/S: Jangan marah saya, sebagai doktor dan saintis, saya hanya menyatakan mengenai kajian. Kita boleh berdiskusi secara intelektual di bahagian komen di bawah.

Amalina bagaimanapun menyatakan dia tidak merujuk kepada mana-mana produk dalam untaiannya.

Netizen sebelum ini mempersoalkan tindakan selebriti tersebut menjual minyak pati dan menyatakan ia mampu menghilangkan nafsu makan dan menurunkan berat badan.

Ia disifatkan mengelirukan orang ramai dan ada yang mengecam selebriti itu yang dikatakan mengambil kesempatan dari jumlah pengikut yang ramai di media sosial untuk membuat keuntungan sedangkan khasiat produk tidak dapat dibuktikan. – amazingnara.com

Comments

comments