Burger Ramly ‘Tawan’ New York, Dijual Pada Harga RM51 Sebiji

250

Sebut sahaja burger Ramly, pasti terbayang keenakan burger tepi jalan tersebut. Namun kini burger Ramly bukan sekadar burger yang dijual di tepi jalan sebaliknya telah dikenali sehingga ke luar negara.

burger

Sejak dulu lagi, burger Ramly menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi perut. Selain sedap, ia mudah didapati.

Pelbagai pilihan boleh didapati antaranya benjo, burger ayam, burger daging mahupun burger special bersalut telur.

Percaya atau tidak, burger Ramly sudah terkenal di bandar besar dunia seperti New York, Amerika Syarikat selepas Insider Food memuat naik video penyediaan video burger special yang berasal dari Malaysia.

burger

Kalau di Malaysia, burger tersebut berharga dalam lingkungan antara RM3.50 hingga RM5.50 bergantung pada bahan-bahan yang digunakan.

Namun tahukah anda burger Ramly yang dijual di New York mencecah harga RM51 sebiji dan yang paling popular ialah burger special bersalut telur.

Menerusi satu tweet video daripada Insider, sekumpulan anak Malaysia diberi nama The Malaysia Project membuka gerai menjual burger daging bersalut telur di bandar New York.

burger

Mungkin tidak pernah melihat burger disediakan sedemikian rupa, jadi tidak hairanlah ia mendapat sambutan hangat sementelah rasanya yang sedap.

Selain itu, video tersebut juga menyatakan rahsia keenakan burger itu datang daripada pelbagai rempah ratus Malaysia dan perasa kari khas serta mayonis pedas.

Menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat itu, pemiliknya, Calvin Leong, menjelaskan di New York mereka menggelarnya burger gaya Malaysia.

“Saya makan burger ini ketika kecil dan ia boleh didapati di tepi-tepi jalan di Malaysia. Burger ini pedas dan penuh berperisa,” katanya.

 

Jualan burger Malaysia itu diadakan bersempena The Malaysian Project di Queens International Night Market, The Meadows Music & Arts Festival dan festival lain sekitar bandar New York.

9 Tempat Terbaik Burger Ramly Yang Mesti Dicuba Di KL Dan PJ

Lupakan burger yang dijual di restoran makanan segera kerana burger Ramly adalah yang terbaik.

Selain nasi lemak, roti canai dan satay, burger Ramly juga merupakan salah satu ‘Must Try Food’ di Malaysia!

Berikut adalah senarai sembilan tempat menjual burger Ramly yang terbaik di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mengikut senarai Fun N’ Taste.

#9 The New Burger @SS15, Subang Jaya

burger

Alamat: 6-12, Jalan SS 15 / 4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya

Waktu Operasi: 8.00PM – 3.00AM

#8 Gerai Burger Dan Nasi Lemak Utara @ SS2 Mamak Square, Petaling Jaya

burger
Alamat: SS2 Mamak Square Jalan SS2 / 60, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 5.00PM-2.00AM, Ditutup pada hari Isnin

#7 Zam Burger @ Taman Danau Kota, Kuala Lumpur

burger

Alamat: Jalan 6 / 23b, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6:00 PM-01:00AM

#6 Jackson Burger @ Seksyen 14, Petaling Jaya

burger

Alamat: 13, Jalan 14/26, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 12.00PM – 4.30PM

#5 Burger-Mbira @ SS12, Petaling Jaya

burger

Alamat: No. 56-84, Jalan SS 21/39, SS 21, 47400, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 7.00PM – 4.00AM

#4 OM Burger @ Ampang, Kuala Lumpur

burger

Alamat: Lorong Kolam Air Lama 1, 68000, Ampang, KL

Waktu Operasi: 7.00PM – 5.00AM

#3 Daily Burger Ramly Burger Stall @ Gombak

burger

Alamat: Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves

Waktu Operasi: 12.00PM – 3.00AM

#2 Burger Bobby Simpang @ Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur

burger

Alamat: 5, Jalan AU 5C / 1, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.00PM – 1.00AM

#1 Brother John Burger Stall @ Damansara Utama, Petaling Jaya

burger

Alamat: 62, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10.00PM – 4.00AM

Sumber Berita: The Klasik

Comments

comments