Bus Elektrik Di Beijing Yang Dilengkapi Dengan Sistem Pembersih Udara

66

Pencemaran udara yang teruk di negara China bukan lah satu perkara yang baru bagi kita. Ini disebabkan oleh perkembangan pesat ekonomi ni negara tembok besar itu yang menyebabkan pencemaran sehingga dapat menyebabkan gangguan kesihatan.

Pencemaran di negara ini juga telah menjejaskan udara di negara-negara jirannya sehingga menjadi satu isu yang sangat besar. Pihak berkuasa China juga telah memandang serius akan isu ini dan pelbagai usaha telah di ambil bagi mengurangkan pencemaran ini.

Bagi pihak berkuasa di Beijing, penggunaan bas awam yang enjinnya 100% dijanakan kuasa elektrik merupakan salah satu langkah yang diambil. Bas yang mampu berjalan sehingga 130km setelah dicas selama 15 minit ini juga dilengkapi dengan sistem pembersihan udara bagi memastikan udara di dalam bas itu kekal bersih dan selamat untuk dihirup oleh penumpang.

Bas yang mampu menampung penumpang seramai 200 orang ini merupakan system bas yang pertama diperkenalkan di China. Dilaporkan penggunaan bas awam ini juga akan diaplikasikan di kawasan-kawasan besar lain yang mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi.

Usaha pihak berkuasa di China yang cuba untuk mengurangkan pencemaran udara ini telah mendapat banyak liputan dah pujian dari negara. Namun begitu ianya mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan di seluruh negara China kerana kemudahan infrastruktur seperti stesen menjana elektrik dan lain-lain perlu dibangunkan terdahulu sebelum sistem bas ini dapat disediakan.

Comments

comments