Cahaya Di Langit Seperti Aurora Sangat ‘Rare’ Ditemui Di Bangsar

10960

Pada waktu senja 28 Mei lalu, penduduk di Bangsar berhenti seketika melihat pemandangan yang menakjubkan selepas melihat satu fenomena luar biasa.

Beberapa pengguna Facebook dalam kumpulan  “The Republic of Bangsar #TROB” mengkongsikan gambar pemandangan yang menakjubkan ini.

Dipetik dari Malay Mail, kejadian ini dikatakan berlaku pada waktu senja 28 Mei. Gambar-gambar yang diambil menunjukkan awan tebal dengan cahaya-cahaya seperti aurora berwarna terang pada langit biru.

Seorang ahli dalam kumpulan tersebut, Michael Liew meletakkan beberapa keping gambar di dalam Facebook  mengatakan bahawa kejadian ini mungkin kilat yang berbantuk mahkhota. Inilah satu fenomena cuaca oleh cahaya matahari yang mencerminkan atau membiaskan kristal ais kecil di awan biru.

Saya bahagia kerana dapat menyaksikan fenomena yang sukar untuk difahami dan sangat cantik ini. Kejadian ini yang berlaku jarang-jarang sekali dan sangat menakjubkan.

Beberapa pengguna lain juga menulis komen dan berkongsi gambar tersebut di lokasi yang berbeza.

Saya sedang memandu dari Kajang. Sangat terperanjat dengan kecantikkannya.

Saya juga melihat fenomena ini, ia sangat cantik dan diibaratkan seperti langit yang sedang terbuka.

Sebelum kemunculan kamera pada telefon bimbit, kelip-kelip makhota adalah satu peristiwa yang terjadi jarang didokumenkan.

 

Sumber: Malay Mail

Comments

comments