Cara Melakukan Ujian Saringan Kendiri Covid-19

Cara-cara melakukan ujian saringan kendiri Covid-19

Semakin hari, kes harian jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Perasaan resah dan gelisah itu pasti wujud di dalam diri setiap masyarakat di negara ini. 

Terutama sekali apabila kita mula berasa tidak sihat seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya. Fikiran mula memikirkan diri mungkin dijangkiti Covid-19 yang sedang mengganas dan boleh menjangkiti di mana mana sahaja tanpa kita sedari. 

Ramai orang bukan sahaja berpusu mendapatkan slot vaksinasi, malah ramai juga yang berpusu-pusu untuk membuat ujian saringan kendiri Covid-19 kerana bimbang risiko jangkitan ketika berada di luar.

Advertisement

Jadi kami nak kongsikan kepada anda cara-cara untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 di rumah.

Kit Ujian Kendiri COVID-19

Baru-baru ini, Malaysia sudah mula menawarkan kit ujian kendiri Covid-19 buat mereka yang ingin melakukan ujian sendiri di rumah. 

Seperti yang kita sedia maklum, untuk melakukan ujian saringan terdapat beberapa kesukaran seperti perlu membuat temujanji terlebih dahulu, atau terlalu mahal.

Berikut adalah senarai kit ujian kendiri yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

senarai kit ujian kendiri dilulus KKM
Sumber – KKM

Salixium Covid-19 Home Self Test (RTK)

Salixium Covid-19 Home Self Test Rapid Antigen Kit (Saliva/Nasal Samples), adalah kit ujian kendiri di rumah buatan Malaysia yang pertama. Kit ujian pantas kendiri covid-19 ini mengambil sampel air liur manusia dan swab hidung. Hanya perlu menunggu selama 15 minit sahaja untuk memperolehi keputusan.

Salixium Covid-19 RTK kit
Sumber – DoctorOnCall

Kit ini berharga RM39.90 sahaja dan boleh didapati di farmasi komuniti berdaftar berdekatan anda atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

Kit ini juga antara yang berada di senarai Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat dan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.

Anda boleh saksikan video di bawah untuk mendapat gambaran penuh bagaimana untuk melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 di rumah.

Dengan hadirnya kit ujian kendiri Covid-19 ini, risiko jangkitan di luar dapat dikurangkan dan orang ramai boleh membuat ujian Covid-19 mengikut keselesaan sendiri.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Salixium kit boleh dilihat disini.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERKementerian Kesihatan Malaysia

Comments