Cara Daftar Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Bagi Lepasan SPM

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Baru-baru ini, pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah menerima keputusan peperiksaan mereka melalui semakan atas talian.

Selain dari kelayakan serta keputusan yang diterima, kebanyakkan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi atau hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan sendiri.

Lepasan SPM juga boleh memohon jawatan untuk menjadi kakitangan awam. Untuk menjawat jawatan seorang kakitangan awam, pemohon haruslah membuat permohonan melalui SPA9 sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kini, pihak SPA telah membuat penambaikkan dari sistem SPA8i yang dipanggil SPA9.

Seperti sedia maklum, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan jawatan kosong kerajaan atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.

Advertisement

SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan kad pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan. Ikuti cara permohonan SPA9 di bawah.

  1. Pemohon perlu log masuk ke laman rasmi SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login.
  2. isi maklumat pengguna terutama yang bertanda * dengan tepat.
  3. Kemudian, pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran.

Cara memohon SPA9i. 4. Bagi maklumat peribadi, ianya akan terpapar secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses ‘Daftar Akaun Baru’.

5.  Sila pastikan semua maklumat berkenaan adalah tepat sebelum klik Simpan.

Cara memohon SPA9i.

  1. Seterusnya, pemohon perlu mengisi maklumat kelayakan akademik bermula dari PT3/PMR/SRP, SPM/SPVM/SPMV hingga pengajian terakhir dari pemohon.

  2. Sila pilih dan isi tahun menduduki setiap peperiksaan dengan tepat berdasarkan keputusan yang diterima.

  3. Tekan butang ‘+Tambah‘ untuk menambah mata pelajaran.

  4. Kemudian, klik ‘Simpan‘ setelah maklumat lengkap diisi.

Cara memohon SPA9i.

  1. Setelah siap mengisi setiap maklumat hingga ke jawatan yang dipohon, calon perlu membuat semakan maklumat permohonan.

  2. Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang dimohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama.

  3. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu.

13.Pastikan semua medan bertanda * diisi dan di SIMPAN.

  1. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.

  2. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

  3. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

 

 

 

Comments