Cara Individu Ini Bersedekah Di Tabung Masjid Buat Ramai Kagum

Kini, amalan bersedekah dapat dilakukan dengan cara apa sekalipun daripada seseorang individu. Banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada amalan bersedekah.

Banyak cara yang dilakukan untuk bersedekah seperti memberi wang, menyumbangkan pakaian mahupun bekalan makanan. Pasti mereka yang berada dalam kesusahan akan berasa gembira kerana mendapat bantuan daripada golongan yang prihatin.

Menerusi hantaran Facebook di akaun Penang Kini yang memaparkan terdapat seorang individu yang bersedekah di tabung masjid dengan nilai duit yang cukup tinggi dipercayai ketika solat Jumaat semalam.

“Tabung Masjid Hari Jumaat, setiap minggu hari Jumaat ada ja duit not RM1 diikat dengan getah, diselitkan dengan not RM100 di dalam”

Wang kertas bernilai RM 100 itu diikat bersama dengan gulungan wang kertas RM 1 dengan menyelitkan amaun yang besar itu di dalam wang kertas berkenaan.

Advertisement

Korang boleh tengok macam mana individu ini selitkan wang kertas tersebut.

Penang Kini
Penang Kini

Semoga insan-insan yang sering bersedekah dan menderma sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin..

Sumber

 

Comments

comments

SOURCEFacebook