Cara Malaysia Tangani COVID-19 Dipuji Pelancong Amerika Kerana Lebih Baik Berbanding Di Negaranya

pelancong amerika

Siapa sangka dalam pelbagai rintangan negara kita yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19 ini, terdapat pelancong luar yang memuji tindakan  kerajaaan Malaysia sebagai tindakan yang baik dalam mengekang penularan wabak ini.

Jason Hassenstab, seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Malaysia kerana masalah kelewatan penerbangan dan sebagainya akibat COVID-19. Namun dia gembira apabila pulang ke negaranya, dia masih sihat dan dalam keadaan yang baik.

 

Advertisement

Perkara yang membezakan Malaysia dan Amerika Syarikat 

Ketika berada di Malaysia, Jason telah melawat 4 bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu,Lahad Datu dan Sandakan. Menurutnya, Malaysia bukanlah negara pertama yang dijangkiti wabak ini tetapi mesej kesedaran telah disampaikan hingga ke pelosok pedalaman.

 

Mesej tentang COVID-19 disebarkan secara meluas 

Pihak penguatkuasa yang berwajib sentiasa memberikan peringatan tentang penjarakkan sosial (social distancing) tidak kira di mana mereka berada tanpa menghirau kawasan yang mereka diami sementara, di sebuah pedalaman hutan hujan.

 

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga ditempatkan pengawal keselamatan yang akan memastikan setiap orang melakukan penjarakkan sosial antara satu sama lain. Sepanduk dan maklumat panduan bertulis beserta gambar dicetak dan diletakkan di semua tempat untuk bacaan umum.

Kerusi di lapangan terbang ini dilekat dengan pita supaya ada (selang) kerusi kosong di setiap kerusi yang dibuka (untuk diduduki)

 

Setiap petugas di lapangan terbang akan memakai topeng muka. Cecair pembasmi kuman berada di setiap kaunter, mesin daftar tunai dan sebagainya. Segala arahan penjagaan diri dipatuhi oleh semua orang di negara Malaysia melalui pemerhatiannya.

 

Cara kerajaan AS mengawal COVID-19 

Atlanta, AS ialah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia tetapi hanya sekitar 5% petugas imigresen dan kastam yang memakai topeng muka dan sarung tangan ketika menjalankan tugas. Cecair pembasmi kuman hanya terdapat di beberapa tandas sahaja. Keadaan di sana seperti hari kebiasaan di mana kedai dibuka seperti biasa dan orang ramai masih bersesak tanpa melakukan penjarakkan sosial.

 

Orang ramai hanya memandang sinis apabila Jason memakai topeng muka. Ada juga yang menyatakan pemakaian topeng muka tidak begitu berkesan menghalang penyebaran virus. Menyedari yang dirinya baru pulang dari luar negara, pemakaian topeng muka dirasakan perlu untuk melindungi orang lain sekiranya dia mendapat jangkitan dan untuk mengelakkan dia memegang muka dengan kerap.

 

Penumpang tidak disaring dengan langkah yang betul 

Terdapat seorang penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dengannya telah mengalami simptom demam yang teruk, muntah dan sakit badan. Penumpang tersebut menaiki pesawat tersebut dari Tokyo. Penumpang berkenaan hanya dipakaikan topeng muka yang diberikan oleh pasukan bantuan perubatan ketika separuh penerbangan.

Paramedik dan petugas CDC yang berada di pintu masuk menguruskan pesakit tersebut namun penumpang lain yang melalui kastam tidak mempunyai sebarang perasaan cemas.

99% penumpang dari penerbangan antarabangsa termasuk Tokyo, United Kingdom dan negara Kesatuan Eropah yang lain tidak melakukan sebarang langkah berjaga-jaga dan saringan lanjut kerana mereka semua lepas melalui kastam termasuk menyentuh pengimbas cap jari. Hanya penumpang dari Malaysia dan Singapura sahaja yang disaringkan dari demam.

 

Ceritanya lagi, dia mengenali lima orang kenalan yang merupakan pesakit COVID-19 dan tiga daripadanya ialah doktor. Banyak kes kematian yang dilaporkan berlaku dalam skala yang besar. Dia juga menegaskan kerajaaan AS perlu menekankan kepentingan kesihatan orang awam untuk menghadapi pandemik ini.

 

Sumber

Comments

comments