Cara Mudah Mengekalkan Keserian Warna Langsir Di Rumah Menjelang Hari Raya Ini

langsir

Pemasangan langsir adalah perkara yang penting untuk menaikkan lagi seri ruang di dalam rumah lagi-lagi menjelang hari raya ini. Langsir yang sepadan dengan warna tema dinding akan menghasilkan perasaan yang seronok apabila berada di rumah.

Namun, jangan ambil mudah berkenaan penjagaan langsir ini kerana langsir antara tempat yang boleh menjadi tempat pengumpulan habuk. Selain itu, langsir yang juga berfungsi sebagai penghadang kepada cahaya matahari akan berubah warna kepada warna kusam sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Cuba ikuti beberapa panduan mudah ini untuk menampakkan langsir di rumah sentiasa berseri, bersih dan nampak seperti baharu.

1. Langsir berwarna putih

langsir putih

Langsir yang bercirikan warna putih mudah untuk bertukar kepada warna kekuningan. Ambil langsir tersebut dan direndam semalaman. Kemudian, dibasuh, dibilas dan dikeringkan seperti biasa.

2. Kesan degil pada langsir

Kesan degil pada langsir seperti air kencing kucing dan kesan habuk agak sukar untuk ditanggalkan dengan cara cucian biasa. Sapukan bahagian yang terdapat kotoran degil dengan ubat gigi sebelum direndam dengan air sabun.

3. Langsir fabrik tebal

Sentiasa bersihkan langsir daripada habuk dengan menggunakan pembersih bulu ayam atau vacuum. Bersihkan di kawasan bucu langsir yang terlindung kerana di situ habuk lebih banyak terkumpul.

4. Langsir fabrik lembut

Elakkan untuk menggunakan masin basuh untuk mencuci langsir seperti ini. Sebaliknya selepas langsir siap direndam, cuci dengan menggunakan tangan. Langsir dengan cucian tangan tidak akan mudah rosak dan tahan lebih lama.

5. Langsir berenda

langsir renda

Rendamkan langsir dalam air suam yang diletakkan sabun pencuci. Kemudian, cuci dengan tangan seperti biasa. Jangan sesekali campurkan pakaian lain dalam cucian langsir. Kotoran yang terdapat di langsir lebih banyak berbanding pakaian harian.

6. Pengikat langsir

Jangan sesekali mencuci tali pengikat langsir di dalam mesin basuh. Cukup sekadar direndam dengan sabun untuk menanggalkan kotoran.

7. Jemur langsir

jemur pakaian

Pastikan menjemur langsir di tempat terbuka atau mempunyai cahaya matahari untuk memastikan langsir kering dengan sekata. Elakkan untuk menjemur di dalam rumah untuk mengelakkan langsir berbau hapak kerana lambat untuk dikeringkan.

8. Ganti langsir dua tahun sekali

Sebaiknya langsir lebih baik jika diganti setiap dua tahun untuk memastikan keceriaan rumah. Penggantian langsir dengan cara ini mampu menjaga setiap warna langsir yang ada. Rahsia kecantikan setiap rumah bukanlah terletak pada kekerapan mengubah suai susun atur atau membeli kelengkapan perabot.

Dengan hanya menjaga kebersihan dan kualiti warna langsir, rumah anda juga akan tetap berseri setiap hari.

Sumber 

Comments

comments