Cara Paling Berkesan Nak Jimatkan Elektrik Ketika Cuaca Panas

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua orang dinasihatkan supaya sentiasa berada di rumah untuk mengurangi kadar jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, bagi yang bekerja daripada rumah sudah pasti penggunaan bekalan elektrik akan lebih tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan panduan untuk penjimatan penggunaan elektrik lagi-lagi ketika cuaca panas.

Perkara yang paling simple yang boleh dilakukan ialah matikan suis penyaman udara, kipas dan lampu di bilik kosong serta suis peralatan elektrik seperti komputer atau water heater selepas digunakan.

Advertisement

Ketika cuaca panas terik tindakan menutup tingkap dan langsir tebal akan menghalang haba masuk dan membebankan penyaman udara. Jika beban penyaman udara semakin rendah untuk menyejukkan ruangan, penggunaan elektrik juga akan semakin berkurang.

Pada waktu malam, penggunaan kipas dapat membantu pergerakan udara di dalam ruangan selepas beberapa jam penyaman udara dihidupkan dan suhu bilik juga memberi keselesaan kepada anda. Bukan itu sahaja, penetapan masa untuk mematikan penyaman udara juga dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik.

Dalam keadaan cuaca panas juga, anda juga boleh menjimatkan penggunaan mesin pengering pakaian dengan menjemur pakaian di bawah panas matahari. Jadi, anda tidak perlu lagi untuk menggunakan mesin pengering pakaian.

Semoga dengan cara ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

Sumber 

Comments

comments