“Cari Penyakit”, Satu Kampung Uruskan Jenazah Pesakit COVID-19

Gambar Hiasan

Masyarakat kita semakin celik dengan penyakit COVID-19. Daripada cara mengelakkan diri dari dijangkiti sampai cara pengurusan jenazah yang meninggal akibat penyakit ini.

Baca: (Video) JAKIM Kongsikan Tatacara tayamum Untuk Jenazah Peskit Covid-19

Menghadapi sesuatu kehilangan bukan perkara yang mudah. Kesedihan pasti dirasai jika orang yang kita cintai pergi dari hidup kita. Lagi menyedihkan bila kita tidak dapat menatap atau mencium orang itu untuk kali terakhir.

Di Indonesia terdapat seorang lelaki dikhabarkan telah bertindak mengamuk kepada pihak hospital kerana ingin membawa pulang isterinya yang sudah meninggal akibat COVID-19.

Advertisement

Satu Kampung Uruskan Jenazah 

Lelaki itu dikatakan mahu mengurus sendiri jenazah isterinya di kampung. Kejadian dikatakan telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 23 Mac lepas.

Jenazah yang telah siap dibungkus dengan body bag dibawa keluar dari hospital dengan alasan mahu menatap si mati buat kali terakhir.

Jenazah dilihat dibawa keluar dari kenderaan dan diangkat masuk ke dalam rumah sambil dikerumuni oleh orang kampung yang hadir pada ketika itu.

Body bag dibuka, ahli keluarga siap peluk dan cium jenazah

Melihat situasi dan kejadian di video ini, tidak mustahil seluruh kampung tersebut kini terdedah untuk dijangkiti oleh virus COVID-19. Ini kerana mereka tidak menguruskan jenazah akibat penyakit berjangkit dengan cara yang telah disarankan. Tindakan tersebut telah mendapat banyak kecaman daripada pihak luar.

Memang sedih kehilangan orang yang kita sayang, namun keselamatan sendiri dan orang lain mesti diutamakan.

Sumber

Comments

comments