Catat 5 Kes Baru COVID-19, KKM Nasihat Tangguh Perjalanan Ke Itali, Jepun Dan Iran

covid-19 malaysia

Menerusi akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di Twitter, sebanyak 5 kes terbaru diterima positif COVID-19 di Malaysia hari ini (5 Mac). Semua 5 kes ini adalah kontak rapat dan generasi kedua (kontak rapat kepada kontak rapat) daripada kes kluster iaitu kes ke-26.

Kes terbaru positif COVID-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan 55 kes setakat ini termasuk 22 yang telah sembuh dan discaj. Baki 33 kes kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan juga Hospital Kuala Lumpur. Daripada pesakit yang masih dirawat ini, hanya dua kes yang melibatkan bukan warganegara.

covid-19 malaysia

Tangguh perjalanan ke wilayah Itali, Jepun dan Iran

Justeru itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit COVID-19 hari membuat keputusan dan menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke:

Advertisement
  1. Lombardy, Veneto dan Emelia-Romagna di Itali.
  2. Hokaido di Jepun.
  3. Tehran, Qom dan Qilan di Iran.

Mereka turut menyatakan bakal menyekat sementara kemasukan semua pelawat (tanpa mengira warganegara) yang berada atau berkunjung ke bandar atau wilayah tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia. Sesiapa yang sedang berada di sana diminta agar mematuhi langkah pencegahan dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Nantikan maklumat terbaru mengenai COVID-19 di Malaysia menerusi AmazingNara.

Sumber

Comments