Cawangan Kedua A&W Di Malaysia Bakal Ditutup Selepas 55 Tahun

8523

Beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia kembali memberikan sokongan kepada cawangan A&W selepas ura-ura ianya bakal ditutup. Tetapi kini cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya akan ditutup.

Istimewanya cawangan ini kerana ini merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malaysia dan sudah berusia hampir 55 tahun. Cawangan ini juga merupakan cawangan pandu lalu yang pertama di Malaysia oleh A&W.

Berita penutupan cawangan ini pastinya satu berita yang menyedihkan buat peminat restoran rangkaian makanan segera ini lagi-lagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya. Penutupan cawangan ini dilaporkan untuk memberi laluan kepada kerja pembangunan.

Ssbelum ini, tanah milik Inter Mark Resources Sdn Bhd ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum diambil semula.

Untuk mereka yang ingin berkunjung ke cawangan ikonik ini buat kali terakhir, anda masih lagi berpeluang hadir sebelum ianya dirobohkan dalam tempoh 6-8 bulan terakhir ini.

Comments

comments