CEO Gojek Sah Letak Jawatan, Sertai Kabinet Indonesia

591

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gojek , Nadiem Makarim mengakui dipanggil Presiden Indonesia Joko Widodo, untuk menjadi menteri di Kabinetnya yang akan diumum pada Rabu.

Menurut Makarim, beliau akan meletakkan jawatan di Gojek walaupun mengakui belum tahu akan diletakkan di portfolio mana kelak.

pemandu gojek

Saya rasa gembira. Dari dahulu saya hendak mempamerkan Gojek ini di luar negara. Kini ia dibawa ke skala yang lebih besar, mengenai posisi apa akan diumum Presiden sendiri nanti.

Media Indonesia memberi bayangan Makarim akan diletakkan di Kementerian Ekonomi Digital Baru atau pendidikan.

Syarikat seru-pandu dan bayaran itu berkata, dua pegawai kanan akan bersama-sama mengambil alih operasi operasi syarikat bernilai AS$10 bilion (RM41.85 bilion) itu.

Presiden, Andre Soelistyo, dan pengasas bersama, Kevin Aluwi, akan menjadi CEO bersama, kata Gojek.

Kami sangat berbangga dengan pengasas kami yang memainkan peranan penting dalam mempamerkan Gojek ke pentas global.

Gojek Indonesia

Gojek adalah satu daripada lima syarikat unicorn Indonesia yang telah mencapai penilaian bernilai AS$1 bilion (RMRM4.18 bilion) tanpa memasuki pasaran saham.

Syarikat lain adalah laman pelancongan Traveloka, e-dagang Bukalapak dan Tokopedia, dan firma fintech yang disokong Grab, OVO, yang bersaing dengan platform pembayaran Gojek, Gopay untuk tempat teratas dalam pasaran pembayaran dalam talian Indonesia yang bernilai berbilion dolar.

Sumber: REUTERS

 

Comments

comments