CEO Proton Sahkan Model Proton X50 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Tahun Ini

2169
proton x50

Selepas beberapa kali kemunculan model prototaip Proton X50 kelihatan di jalan raya, nampaknya SUV segmen-B yang hangat diperkatakan sejak tahun lalu bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama sahaja lagi. Perkhabaran itu tekah disahkan sendiri oleh CEO Proton iaitu Dr. Li Chunrong yang mengesahkan pelancarannya tahun ini.

Proton X50 ini akan menjadi pelancaran kedua terbesar Proton untuk tahun ini, selepas model X70 CKD yang dihasilkan di Tanjung Malim. Berbeza dengan model itu, Proton X50 mempunyai rekabentuk yang lebih kecil dan mendapat versi pemasangan tempatan.

proton x50

Untuk pengetahuan anda, kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim ini akan menjadi satu-satunya kilang yang menghasilkan SUV SX11 dalam versi pemanduan sebelah kanan. Manakala kilang di China masih lagi menghasilkan model pemanduan sebelah kiri Geely Binyue dan juga model pasaran Filipina Geely Coolray.

Sebelum ini, Proton X70 berjaya memecahkan rekod jualan SUV 8,500 unit yang terjual sejak 100 hari dilancarkan. Menjadikan model itu antara SUV yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan berita pelancaran rasmi model Proton X50 ini dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: Proton X70 Pecah Rekod Jualan SUV, Bukti Rakyat Malaysia Sukakannya

Comments

comments