“Chika” Atau Lelaki Miang Cukup Terkenal Di Jepun

28078

Di Jepun sekarang rata-rata masyarakat mereka tidak selesa untuk menaiki pengakutan awam khususnya kaum wanita. Ini kerana masalah gangguan seksual yang melampau oleh kaum lelaki sangat teruk di sana, dan ianya bukanlah satu masalah baru untuk wanita di sana kerana ia sudah lama berlaku.

Terbaru, seorang pelajar wanita telah menyebarkan video beliau mengejar seorang lelaki yang menyentuh tempat tidak patut di dalam kereta api yang dinaikinya.

Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di dalam tern di jepun tetapi ianya banyak kali berlaku hingga menyebabkan ramai kaum wanita diganggu oleh lelaki yang gila seks.

Seorang pengguna Twitter @ikng_o telah menulis dalam Twitternya mengenai gangguan seksual, mereka yang menggangu wanita di dalam tren dengan serangan seksual digelar “Chika” di Jepun.

Rata-rata mereka akan melakukan perbuatan tidak senonoh kepada wanita di dalam tren seperti mengusap rambut, duduk dengan sangat rapat sedangkan masih ada tempat kosong, rapatkan alat sulit mereka berdekatan dengan kita, letakkan kondom yang terpakai  ke dalam beg dan jilat telinga wanita yang duduk bersebelahan.

Polis di Tokyo juga sudah melaksanakan tindakan tegas terhadap orang yang menganggu kententeraman wanita di dalam tren dengan membenarkan mereka untuk melawan lelaki gatal di dalam tren menggunakan satu aplikasi yang dipanggil “Digi Police”.

Mangsa boleh aktifkan suara menjerit kuat dengan mengatakan “Stop It” atau memaparkan di screen telefon ayat kepada penumpang lain untuk baca, “Sebelah saya ini seorang pencabul! Tolong saya”.

Aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 240,000 kali kerana sedar akan isu pencabulan wanita di dalam tren yang sangat teruk.

Sekarang di Jepun, gerabak kereta api di sana juga telah menyediakan tempat khas hanya untuk wanita bagi melindungi mereka dari lelaki miang ataupun gatal ini. Antara langkah lain yang diambil untuk mengatasi masalah ini, polis juga menyamar dan pengunaan kamera litar tertutup semakin meningkat bagi menjaga keselamatan wanita sewaktu menaiki tren.

Banyak cara telah digunakan untuk mengatasi perbuatan ‘Chika’ yang menganggu ketenteraman wanita di dalam tren sesuka hati mereka.

Ramai orang berpendapat bahawa para lelaki perlu menjaga tingkah laku mereka sebagai seorang lelaki yang tidak mahu menghancurkan kehidupan kaum wanita.

 

Sumber:Vocativ 

Comments

comments