Chiller Rosak, Pekerja Terpaksa Buang Semua Kek Yang Cair

kek cair dalam chiller

Seorang wanita berdepan dengan ujian apabila kek yang dihasilkan di tempat dia bekerja tidak dapat dijual setelah mengetahui chiller rosak dan panas.

Situasi itu dikongsikan melalui akaun TikTok @shkn.ykb yang menunjukkan hampir kesemua kek yang berada di dalam chiller tersebut sudah cair dan tidak dapat dimakan lagi.

@shkn.ykb

Nightmare for all bakers ??? #myfoodie #fyp? #foryou #bakersjb #jbbaker #bakersmalaysia #tiktokmalaysia #bakingtiktok #bakersjohor #cakedeco

? Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Advertisement

Menurut wanita berkenaan, salah satu chiller yang menempatkan kek itu didapati rosak dan bertukar suhu menyebabkan kesemua kek menjadi cair dan rosak.

“Nightmare untuk semua baker. Chiller rosak dan panas”.

Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama apabila berhadapan dengan situasi seperti ini ketika bekerja di kedai jualan kek.

chiller rosak menyebabkan kek menjadi cair

Tambahnya, ada yang bertanya apa tindakan yang dilakukan selepas mengetahui keadaan kesemua kek itu.

“Ada yang tanya apa jadi dengan semua kek tu. Kami buang semuanya”. 

Mereka tidak mengetahui berapa lama kek itu telah terdedah dan tercemar. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk membuang kesemua kek dan buat semula yang baharu untuk pelanggan dan ready stock di kedai.

@shkn.ykb

Into the tong sampah ? #myfoodie #fyp? #foryou #bakersjb #jbbaker #bakersmalaysia #tiktokmalaysia #bakingtiktok #bakersjohor #cakedeco #bakingfail

? Into the Thick of It! (Remix) – Sleazy Stereo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati atas kejadian yang berlaku kepada pengusaha kek itu.

chiller rosak menyebabkan kek menjadi cair

Mungkin nak digantikan dengan rezeki yang lebih baik

chiller rosak menyebabkan kek menjadi cair

Dalam dunia perniagaan akan ada macam-macam ujian dan cabaran yang perlu ditempuh kepada individu bergelar usahawan.

Oleh itu, semangat dan kecekalan perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan kejadian seperti ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments