China Haramkan Program Realiti Yang Melalaikan

selebriti

Bagi memastikan anak muda negara itu tidak terus tersesat, pemerintah China telah mengharamkan beberapa rancangan realiti yang melalaikan. China turut menyekat program pencarian bakat baharu, termasuk mengarahkan pihak penyiaran tidak mempromosikan lelaki lembut.

Memetik laporan The Guardian, antara peraturan baharu yang diarahkan adalah pihak penyiaran tidak boleh menaikkan sebarang perkembangan idola atau selebriti. Rancangan realiti melibatkan anak-anak selebriti juga tidak dibenarkan sama sekali.

Pelakon dengan perangai buruk diharamkan

Pihak Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China juga diarahkan untuk menolak sebarang bahan yang menyiarkan lelaki lembut, aksi kasar, penggunaan bahasa tidak sopan, memaparkan gaji selebriti dan menaikkan pelakon dengan perangai buruk.

Advertisement

China nampaknya tidak mahu format hiburan mereka sama seperti apa yang berlaku di Korea Selatan. Ini apabila peminat menjadi terlalu menyanjung artis kesayangan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang gila.

This image has an empty alt attribute; its file name is 41e5219e4f4647169ff2e41ed1d6ec51-1000x563.jpeg

Ada dakwaan mengatakan peminat merancang untuk serang penjara bebaskan artis kesayangan

Contohnya, peminat Kris Wu telah membantah penahananya yang didakwa atas kesalahan merogol. Apa yang dilakukan peminat ini dianggap sebagai penyembahan ke atas selebriti dan ia perlu dicegah.

Sebab itu jika di Malaysia semua program, drama dan filem akan ditapis pihak berwajib bagi memastikan bahan penyiaran yang dikeluarkan tidak melanggar hukum atau undang-undang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERThe Guardian

Comments