China Mencatatkan Dua Bulan Tiada Rekod Jangkitan Covid-19 Antara Penduduk Tempatan

China

Wabak jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes di beberapa buah negara mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Namun, China untuk pertama kalinya melaporkan hampir dua bulan tiada jangkitan baharu Covid-19 dalam kalangan penduduk tempatan di negara itu.

China tidak mengalami jangkitan antara penduduk tempatan sejak 16 Disember  tahun lalu. Reuters melaporkan data menunjukkan tanda-tanda bahawa negara itu berjaya menangani gelombang baharu penyakit Covid-19 berkenaan.

Pihak berkuasa negara itu telah mengambil langkah drastik dan berjaya menghentikan penularan jangkitan dalam kelompok besar di wilayah Hebei di sekitar Beijing dan wilayah Heilongjiang dan Jilin timur laut.

china

Advertisement

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata, jumlah keseluruhan Covid-19 meningkat sedikit kepada 14 kes pada 7 Februari daripada 12 hari sebelumnya tetapi semua itu merupakan jangkitan yang diimport dari luar negara.

Dengan itu, tujuh daripada 14 kes dicatatkan di Shanghai manakala selebihnya di Guangdong di tenggara China. Jumlah kes covid-19 di China berjumlah 89,706 dengan merekodkan kematian tidak berubah iaitu seramai 4,636 orang.

Sumber 

 

Comments

comments