Cikgu Kongsi Terjemahan Alat Solek Dalam Bahasa Melayu, Ramai Rupanya Yang Baru Tahu!

Pernah tak korang ‘terbiasa’ menyebut sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris, tetapi sering tertanya apa sebenarnya istilah tepat jika diterjemah kepada Bahasa Melayu?

Terutamanya penggunaan bahasa yang melibatkan alat solek seperti concealer, correcter, atau loose powder. Jarang sekali nak jumpa orang  menggunakan istilah Bahasa Melayu ini kan.

Kalau korang nak tahu apa terjemahannya, jom kita lihat perkongsian Cikgu Kirana ini.

Antara istilah yang cikgu ini sampaikan ialah sahap noda yang merupakan concealer dalam Bahasa Inggeris. Unik betul kan, boleh lah lepasni biasakan istilah ini.

Advertisement

Diruangan komen, rata-ratanya sangat teruja kerana akhirnya persoalan mereka selama ini sudah pun terjawab.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Jom ramai-ramai praktis bahasa ibunda ini.

SUMBER 

 

 

 

Comments